Masa form 2, aku pernah simpan diari. Masa tu gedik2 la dok cerita yang aku syokkan sorang budak kelas lain ni. Kes syok sendiri dengan si Z (bukan nama sebenar *matilahfeelingartis*)
So setiap kali aku terjumpa dia kat jalan, kira eksaited habis macam takde hari esok. Balik hostel terus tulis dalam diari. Diari tu pulak jenis yang gedik. Wangi, flowery, siap ada kunci lagik.
Jadi pada satu hari tu berlakulah peristiwa spot check di asrama. Dan diari yang aku simpan dalam laci dalam locker pun kena rampas. Yang lebih memedihkan lg, apabila yang merampas diari itu adalah seorang ustazah yang memang aku ketahui tak sukakan aku.
Maka dia (atas sebab apa aku tidak pasti) merasakan hukuman yang paling sesuai bagi aku adalah untuk membaca isi kandungan diari peribadi tu dihadapan Z dan seluruh ahli kelasnya. Maka bergembiralah mereka bergelak ketawa sambil memalukan aku.
Seorang yang bergelar ustazah dan seharusnya tahu bagaimana untuk menegur seseorang dengan berhemah, membaca diari anak murid nya di hadapan pelajar lain dengan niat untuk mengaibkan anak murid itu. Oh sungguh bijak sekali.
Maka sampai saat ini aku masih berdendam dengan perbuatan beliau. Dah belasan tahun berlalu tapi bila teringat, masih terasa benci lagi. Tapi semenjak hal itu, aku mmg agak trauma dengan insan2 yang bergelar ustazah dan berpenampilan seperti ustazah. It sounds stupid, I know. Tapi buat aku lebih aware yang insan-insan sebegini kadang2 lebih judgemental dari orang yang rupanya biasa biasa sahaja
I might sound equally judgemental, but the fact remains that aku jadi sangat berhati hati dengan golongan sebegini. I know it's stupid, but the experience was traumatizing, and I believe it was a natural reaction when I stayed away. I just don't want to be a victim of prejudice again.
P/s: I looked up the guy on internet, and found out yang dia skrg tgh ditahan atas tuduhan merogol remaja bawah umur. Wow.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


No comments:
Post a Comment