Aku gemuk. Itu fakta.
Best friend aku kata aku tak gemuk, cuma "berisi".
Emak aku kata aku tak gemuk. Cuma "big boned". Nenek aku kata aku tak
gemuk, cuma "sihat"
Babi. Cakap lah apa saja, aku tahu aku gemuk.
Aku berumur 28 tahun. Masih single. Single maksudnya belum
berkahwin dan masih available. Aku tak percaya sampah sarap dalam Facebook yang
membolehkan kau menukar status dari "Single" menjadi "In A
Relationship" dengan satu klik sahaja. Itu semua tahyul. Relationship itu
tidak semudah satu klik butang tetikus.
Kalau aku tukar status jadi "In A Relationship",
orang pasti tidak akan percaya, kerana selain dari gemuk, aku tidak memiliki
paras yang menarik.
Berkulit gelap, hidung sedikit kembang. Kalau masuk
pertandingan ratu cantik di Nigeria
mungkin aku akan menang. Tapi ini bukan Nigeria. Ini Malaysia. Tanah
di mana lelaki lebih suka gadis berkulit putih, berambut lurus, berhidung
kecil, berpinggang ramping dan dada bersaiz 34C
Kalau pun ada yang berminat dengan gadis seperti aku,
kemungkinan bahawa dia adalah scammer Nigeria yang memerangkap wanita
dalam cinta cyber amatlah tinggi.
Dahulu aku pernah ada seorang boyfriend. Dia merupakan model
iklan seluar dalam yang selalu terpampang wajahnya di Jaya Jusco dan Metrojaya.
Masa aku date dia pun ramai yang tak percaya. Ada yang kata aku bomohkan dia, aku upah dia
untuk berlakon jadi boyfriend aku dan yang paling sadis sekali ada orang tuduh
aku simpan anak ikan. Babi. Apa perempuan macam aku tak boleh ada boyfriend?
Adil ke?
Monorel tiba. Dengan skill mengalahkan seorang pemain ragbi,
aku bergelut masuk untuk mendapat tempat berhampiran pintu. Lega. Pintu mula
tutup perlahan-lahan. Seorang jejaka tiba-tiba mencelah masuk. Haruman Dunhill
Desire menusuk ke hidung. Wangi.
Monorel meneruskan perjalanan. Sunyi. Kebanyakan orang cuma
merenung ke luar, merenung lantai atau mengetik-ngetik kekunci telefon. Aku
berdiri dekat pintu, mata merenung keluar. Jejaka Dunhill Desire bersandar di
pintu monorel sambil menulis sesuatu pada organizernya. Sesekali dia mencuri
pandang.
Ketinggiannya mengingatkan aku pada ex boyfriend aku si
model seluar dalam. Tinggi, hampir enam kaki. Dengan high heels Lady Gaga ini
pun ketinggianku cuma mencecah paras bahunya sahaja. Wajah bersih tanpa
sebarang misai, cuma tunggul-tunggul janggut halus di dagunya, bekas dicukur.
Kami mula berbual. Bual kosong mengisi masa. Stesen
seterusnya adalah perhentian aku. Si Dunhill Desire bertanya namaku.
Aku cuma sempat menyebut namaku sebelum suaranya
memperkenalkan diri ditenggelami announcement mengumumkan kami sudah sampai di
stesen Maharajalela. Aku bersedia untuk keluar. Monorel berhenti dan aku
keluar. Sebelum keluar aku sempat menoleh. Dia sedang memerhatikan aku sambil
tersenyum.
Pintu monorel tertutup. Untuk berapa saat aku merasa hampa.
Well, whatever. Ada
jodoh jumpa lagi. Walaupun agak mustahil sebab aku belum pernah nampak dia
sebelum ini.
Sambil turun tangga, aku mencapai Blackberry yang diselitkan
di kocek luar messenger bag yang ku bawa. Sekeping kad putih terjatuh
Azrul Azwan bin Mohammad
Sr. Executive
XYZ Bank
+603.7890.6543
+6012.345.6789
Dibawahnya tercatat tulisan tangan yang tidak cantik,
seperti ditulis dalam keadaan bergerak
Call me
Sekarang siapa kata orang gemuk tak ada yang minat?


No comments:
Post a Comment