Direct translation dari ‘breakaway’. Or was it pecah jauh? My BM seriously lousy. Nangis.
Setiap hari aku akan memerhatikan gerak dia. Dia terasa semakin jauh dari aku sekarang. Namun kini aku mula menerima keadaan, kerana aku tahu bukan aku seorang yang merasa susah, resah dan gelisah sekarang. Dia juga ada ceritanya. Aku harus biarkan dia terus melangkah. Kerana aku tak berdaya untuk mengejarnya sekarang. Kalau satu hari nanti ada jodoh, tetap akan bertemu. Tapi kalau takde, dia akan tetap aku jadikan sebagai satu kenangan indah dalam hidup aku.
Semalam, pertemuan meja bulat dengan my jantan keparats. Aku lebih ramai kawan lelaki dari kawan perempuan. Lebih selesa bersama mereka sebenarnya, dari bersama kawan perempuan, aku mudah merasa semacam ‘out of place’. Dengan my jantan keparats, semua topik mudah dibualkan, dan aku akan mengutip begitu banyak pengetahuan dari mereka. I lived for moments like those. Bunyi macam tak logic, but I guess that’s me. Aku suka mengutip cerita dari orang, dari bercerita mengenai diri sendiri.
Beberapa hari yang akan datang akan menjadi masa paling mencabar dalam hidup aku. Doakan aku mampu menghadapinya.


No comments:
Post a Comment