Pagi tadi bangun jam 5.30, menunggu sesuatu yang harus dikerjakan pada jam 6 pagi. Duduk di tangga memerhati matahari naik, cahaya merah berserakan di kaki langit. Aku terfikir, berapa lama kah lagi aku sanggup hidup sebegini? Tak pernah tefikir pun jalan hidup akan menjadi begini. Aku sedang cuba meyakinkan diri bahawa ini adalah jalan terbaik yang telah ditetapkan untukku. Aku sedang cuba memaksa diri menerima semuanya seadanya.
Mungkin aku tidak tahu bersyukur. Mungkin aku yang tidak tahu bagaimana mahu menghargai kehidupan yang selama ini penuh dengan limpahan nikmat dan rezeki. Aku masih mahukan sesuatu yang sukar untuk aku dapatkan. Mungkin itu satu kelemahanku. Terlalu sombong dan keras hati.
Tapi kerana sifat keras hati jugalah, aku masih duduk di sini memerhati matahari


No comments:
Post a Comment