Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 5 November 2016

Re & Rana



            “Rana… jangan menangis…”
            “Kamu baru saja minta dua benda yang sama-sama mustahil.”
            “Jangan sebut pasal ‘mustahil’. Aku tak sanggup dengar.”
            “Apa boleh kita buat?”
            “Itu soalan untuk kamu, Puteri. Bukan untuk aku.”
            “Kamu memang tak akan faham. Tak semudah itu semuanya.”
            Re mengetapkan bibirnya rapat-rapat. Mereka sedang menghampiri gerbang pertengkaran dan dia tidak mahu bertengkar.
            “Ada banyak masalah yang akan timbul. Bukan cuma perkahwinan antara dua orang manusia. Aku juga berkahwin dengan keluarganya, dengan status sosialnya. Aku bukan macam kamu yang bebas. Kamu tak boleh bandingkan….”
            Re memusing tubuh Rana, menatap tepat ke matanya. “Aku tak bandingkan apa-apa atau siapa-siapa. Perbandingan tak akan mengubah apa-apa untuk kita. Tapi aku rasa kau ada kekuatan itu. Kekuatan untuk memecah tembok itu. Membebaskan diri kamu sendiri.”
            “Memecah tembok apa? Moral? Norma sosial? Kita hidup di dalam tembok itu, Re. Aku cuma nak jadi realistic.”
            “Tapi kamu menyeksa diri sendiri dengan memenjarakan diri kamu di dalamnya? Siapa yang jahat di sini, Rana? Jahatkah aku sebab cintakan kau? Hina sangatkah aku kerana mencintai engkau?”


ouch
love,
C

No comments:

Post a Comment